Saturday, 14 July 2012

jangan beri harapan ....


''salam, awak sihat?''
''wsalam, alhamdulillah, baik je''
''tengah buat ape? sibuk ke''
''xde ape, x sibuk pun,online jea''
''cemane study? bile balik malaysia?''
''so far, ok jea, bulan depan balik raye''
''awak, jage diri baik-baik ye kat sane, belajar elok-elok  :) ''
''insyaallah, dalam lindungan-Nya''


Usai chatting ringkas itu, Puteri meng''offline'' kan aplikasi chatbox facebook nya. Gusar jika tidak dibalas, dikatakan sombong, tidak bermasyarakat, tidak boleh dibuat kawan. Dia termenung sendirian. Susah mentafsirkan hatinya. Barangkali soalan imtihan Tafsir 1 yang dijawab di jamiah(universiti) semalam lebih mudah dari mentafsir hati dan perasaannya sendiri.

Dahulu di sekolah, dia seorang yang kurang gemar bergaul dengan sahabat lelaki. Jika orang lain boleh berkongsi cerita cuti, boleh berjenaka dengan yang berlainan jantina, Puteri bukan yang sebegitu. Dia berurusan atas dasar perlu, dasar  pelajaran dan lazimnya dasar dasar kerja. Dan dia selesa sebegitu. Jika sahabat-sahabatnya boleh bermesej-mesej ataupun bergayut hingga ke larut malam dengan sahabat lelaki, dia juga bukan yang begitu. Jika dahulu, contacts names di bimbitnya tiada nombor sahabat lelaki.  Bermulanya nombor ajnabi di contacts names nya ketika dia perlu menguruskan reunion sekolah rendah selepas SPM. Dia rindukan dia yang dahulu.

Tapi bukan bermakna dia menyesali dirinya kini. Tidak dapat tidak, melangakah ke alam yang lebih mencabar ini, alam universiti, banyak perkara yang membuatkan Puteri perlu berhubung dengan sahabat lelaki. Dia juga bukanlah juga seorang yang terlalu 'syadid' dalam bekerja, bukanlah sehingga tidak boleh memandang muka orang yang sedang bercakap dengannya, dia juga tidaklah kekok untuk bekerja dengan sahabat lelaki. Tidak dapat dinafikan, ada sahaja sahabat-sahabat perempuannya yang 'agak malu' jika berurusan dengan sahabat lelaki. Ya, tidak salah, akhwat memang sifatnya pemalu. Tetapi jika untuk memberitahu sesuatu yang penting pun malu, ia dikira masalah.

Puteri bersyukur, pengalamannya menjadi Setiausaha BADRI sekolah, menjadi Naib Pengerusi Persatuan Bahasa Arab, menjadi Timbalan Lujnah Multimedia BADRI, menjadi fasilitator TAMRIN dan juga Ajk Pelaksana Bulan Bahasa Arab sekolah dan beberapa program lain sedikit sebanyak mengajar dirinya cara berhadapan dan bekerja dengan sahabat lelaki.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagu nasyid SAFF ONE berkumandang di telefonnya menandakan mesej masuk. Tertera di skrin, ummiku sayang. Tersenyum girang melihat nama yang sering memberi semangat padanya. Lantas Puteri menekan view message.

'' umi tengah free nie, jom skype ''

Hampir sejam dia bersembang dengan umminya, melalui skype ; bertanya khabar, berkongsi cerita dan bergelak tawa dengan adik-adiknya yang kebetulan pulang ke rumah minggu itu.

'' umi, raye ni ade orang nak....''
'' nak ape? masuk meminang? ''
'' ish ummi nie, adeke masuk meminang -.-' ade orang ajak pergi terengganu, kelantan, kedah ''
'' ade ape? ''
'' ade kenduri kawen, puteri nak pergi kedah nak jumpe kawan-kawan maktab ''
'' ouh boleh je, asalkan jangan sorang-sorang ''


Puteri terngiang-ngiang perbualan dia dan umminya. Ada-ada je umminya akhir-akhir ini, boleh dikatakan sejak dia terbang ke bumi anbiya' ini, umminya sering menyakat berkaitan jodoh. Umminya memang memberi green light untuk berkawan. Tak sabar mendapat menantu pelajar Jordan juga katanya.


 

Puteri masih belum berminat untuk memikirkan hal-hal itu tambahan dia baru tahun 1 pengajiannya. Berbaki 3 tahun lagi yang perlu diperjuangkan. Mungkin dengan sakatan ibunya, serta teringat akan chatting nya dengan sahabat lelaki itu sedikit merisaukan Puteri. Dia risau dia akan tergugat, dia akan tersungkur. Bukan tidak pernah ditanya oleh roomatenye,


'' Puteri, kenapa awak selalu off chatbox? ''
'' Maklumlah orang femes, onn chatbox nanti ramai pulak yang serbu, haha'', balasnya dalam nada gurau.


Dia memang tidak menafikan, hati perempuan ni memang lembut, bak kata seorang ustaz PHD yang membuat pengajian hadis setiap minggu dalam kuliahnya,

'' perempuan ni sekejap dia suka orang tu, sekejap dia suka orang nie, sebab tu bahaya bercinta lama-lama ''

erkk. Seperti terkena di batang hidungnya. Dia akui, dia juga pernah mengagumi beberapa ikhwah yang pernah hadir dalam hidupnya. Sama ada yang baru dikenalinya ataupun pernah sekelas dengannya di jamiah. Hanya doa yang mampu dilakukan, agar Allah terus menjaga hatinya.

Ada juga sahabatnya yang telah jatuh hati terhadap ikhwah sepengajian, dia juga terfikir mungkin salah satu faktornya adalah, ikhwah tersebut seperti memberi harapan kepada sahabatnya. Rasa ingin sahaja dia mengwar-warkan kepada ikhwah sekalian alam,

'' Ketahuilah ikhwah sekalian, berhati-hatilah jika berurusan dengan akhwat, kerana hati wanita sangat lembut, mungkin tidak jatuh hati tetapi mudah mengagumi, jangan mudah beri harapan kepada wanita jika tidak mahu dia kecewa ''


Bila hati dah suka, kalau status kita 'dia' like pun satu yang cukup membahagiakan.
Yang mampu dilakukan hanya berdoa agar harapan dan impian sahabatnya itu termakbul. Tidak sanggup rasanya melihat sahabatnya itu kecewa.  Dia juga berdoa yang terbaik untuk dirinya.
Jangan beri harapan.



sepetang bersama blog,
jordan.
-countdown hari balik malaysia-

6 comments:

  1. walaweiiiiiiiiiii terbaik ah citer ni. kisah benar ke? hukhuk ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk... x pun, rekaan semata-mata ye cik syadamooore..
      =D

      Delete
  2. hehe,,bnyk ngt bce bku hilal ashraf,,terbaek!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiah, ape kene mengene dgn hilal? @@ hoh0

      Delete